Skip to main content

Advertisement

Elak aktiviti luar ketika ini - KKM

Elak aktiviti luar ketika ini - KKM

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti luar sekiranya tiada sebarang keperluan bagi menggelakkan serangan strok haba.

Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihak Kementerian sentiasa memantau perkembangan dari masa ke semasa.

Beliau ditemui di Majlis Pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Putrajaya pada Rabu.