Skip to main content

Dunia

Putin arah rampas lebih banyak aset Japan Tobacco di Rusia

Rusia semakin meningkatkan tekanan terhadap Jepun, termasuk menerusi lawatan pertama Putin ke sebuah pulau yang dikawal Rusia tetapi dituntut Jepun pada Ogos.
Rusia semakin meningkatkan tekanan terhadap Jepun, termasuk menerusi lawatan pertama Putin ke sebuah pulau yang dikawal Rusia tetapi dituntut Jepun pada Ogos.
Advertisement

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat mengarahkan lebih banyak aset Japan Tobacco Inc di Rusia diletakkan di bawah kawalan negara itu, sehari selepas menandatangani dekri untuk merampas aset empat anak syarikat firma Jepun berkenaan, lapor Kyodo News.

Menurut dekri presiden yang diterbitkan pada Jumaat, semua saham dalam tiga anak syarikat Japan Tobacco diletakkan di bawah pengurusan sementara sebuah syarikat Rusia.

Dekri terbaharu itu menyusuli arahan terdahulu untuk merampas aset operasi pembuatan milik JT International, cabang perniagaan antarabangsa konglomerat Jepun itu yang berpangkalan di Geneva, sekali gus mencetuskan bantahan daripada kerajaan Jepun.

Advertisement

Kerajaan Rusia pada Khamis memaklumkan bahawa Putin menandatangani dekri itu selaras dengan perintah eksekutifnya pada April 2023 yang membenarkan aset milik “individu dari negara tidak mesra” diletakkan di bawah kawalan Rusia sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Moscow susulan pencerobohannya terhadap Ukraine.

Rusia semakin meningkatkan tekanan terhadap Jepun, termasuk menerusi lawatan pertama Putin ke sebuah pulau yang dikawal Rusia tetapi dituntut Jepun pada Ogos.

Advertisement

Seorang wartawan Jepun turut ditahan di Timur Jauh Rusia pada Oktober kerana disyaki melakukan pengintipan.

Menurut agensi berita Tass, arahan terbaharu yang diumumkan pada Jumaat itu melibatkan semua saham yang dimiliki JTI Investments Sarl dalam tiga syarikat, iaitu Pereslavl-Tobacco, JTI Innovative Products dan JTI Russia.

Walaupun banyak syarikat Jepun telah menarik diri daripada pasaran Rusia susulan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, Japan Tobacco terus menjalankan operasinya di negara itu.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video

Advertisement