Empat sekeluarga sesat di Berapit Hill diselamatkan
Empat sekeluarga berdepan detik cemas selepas sesat selama tiga jam ketika mendaki Berapit Hill Trail, Pulau Pinang, sebelum berjaya diselamatkan pasukan bomba pada malam Sabtu. Kesemua mangsa ditemukan selamat dan dibawa turun ke pos kawalan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.