Skip to main content

Advertisement

Nahas 7 Kenderaan | Empat sekeluarga selamat disemadikan

Nahas 7 Kenderaan | Empat sekeluarga selamat disemadikan

Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan tujuh kenderaan di kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Ipoh, Perak, semalam, selamat dikebumikan.

Jenazah Koperal Rahim Ramli, 60, dan isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka iaitu Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27 selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Permatang Pasir, Pulau Pinang kira-kira jam 3.15 pagi tadi.