Enggan lafaz cerai, mahkamah perintah lantik JKP
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid Kamil Zahari enggan melafaz cerai terhadap isterinya itu pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka pada Isnin.