Ferdinand Marcos Jr dijangka umum rombakan Kabinet
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dijangka akan mengumumkan rombakan dalam kabinet pentadbirannya pada Khamis. Menurut Reuters, Pejabat Presiden dilaporkan berkata langkah dibuat susulan permintaan Marcos sebelum ini agar semua Setiausaha Jabatan menyerahkan surat peletakan jawatan secara sukarela.