Ribuan berarak tuntut Marcos Jr. letak jawatan
Kedudukan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. goyah selepas lebih 20,000 penduduk berarak di Manila menuntut beliau meletak jawatan berhubung skandal rasuah berkaitan perbelanjaan kerajaan untuk projek kawalan banjir.

