Gempa 5.6 skala richter landa Laut Banda, Indonesia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di kawasan Laut Banda, Indonesia, pada jam 6.45 pagi Sabtu. Gempa yang berpusat pada kedalaman 171 kilometer itu terletak kira-kira 413 kilometer di selatan Ambon. MetMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia...