Global | Pentagon terima kunjungan PM Singapura
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin menerima kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Pentagon bagi rundingan dua hala pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, Austin memuji kerjasama pertahanan antara Singapura dan AS serta berterima kasih kepada Lee atas penentangan negara itu terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.