Gudang PBB di Gaza diceroboh, dua maut ketika rebut bantuan
Sebuah gudang PBB di Gaza diceroboh ratusan penduduk kelaparan pada Rabu, menyebabkan dua maut dan beberapa cedera ketika bantuan masuk dalam jumlah terhad. Insiden itu mencetuskan gesaan segera daripada WFP agar bantuan makanan dipertingkatkan. Gaza kini berada di ambang kebuluran selepas lebih 53,000 rakyat Palestin terkorban dalam konflik berpanjangan.