Konflik Ukraine | Perhimpunan PBB: Ukraine rayu bantuan
Ukraine merayu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan "rancangan agresif" Rusia.
Manakala Rusia berkata, pihaknya tidak boleh mengabaikan pembunuhan beramai-ramai secara terang-terangan di timur Ukraine dan memperlekehkan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutterres.
Sementara Guterres dan Amerika Syarikat telah menolak dakwaan pembunuhan beramai-ramai Moscow.