HARA 2022 | Semua pihak perlu bekerja satu pasukan tangani rasuah - Azam
Semua pihak termasuk wakil media, sektor awam dan swasta perlu bekerja dalam satu pasukan bagi memerangi rasuah di negara ini.Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, tugas memerangi jenayah itu bukan hanya terletak kepada pihak penguatkuasa semata-mata, sebaliknya masyarakat dan komuniti di sesebuah negara.