'Leadership will' perlu tangani rasuah - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 memberitahu rasuah telah menjadi budaya dan sistemik yang memalukan negara.
Jelasnya lagi, dalam sesuatu pemerintahan dan pentadbiran bukan sahaja 'political will', malah 'leadership will' juga perlu untuk membenteras rasuah.