AWANI Pagi: Inovasi UMPSA, Teknologi Untuk Masyarakat
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah iaitu Lampu EVCAS dan Terowong Angin Lapisan Atmosfera.