Hot Daddy, dua rakan wanita diburu polis
Lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya diburu polis selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan mereka kelmarin ekoran waran tangkap gagal disempurnakan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya sedang menyemak sekiranya ada pergerakan individu tersebut ke luar negara.