Hujan Lebat | 70 rumah rosak akibat ribut di Melaka
Lebih 70 rumah di Alor Gajah dan Melaka Tengah, terjejas dalam kejadian ribut susulan hujan lebat yang melanda Melaka, lewat petang Isnin.
Antara kawasan yang terjejas teruk masing-masing melibatkan kira-kira 30 rumah di Kampung Belimbing Dalam, serta 44 rumah di kawasan sekitar Krubong, Melaka Tengah.
