Inflasi Laos turun kepada 11.1 peratus pada April 2025
Kadar inflasi di Laos bagi bulan April 2025 direkodkan pada 11.1 peratus, menunjukkan penurunan kecil berbanding 11.2 peratus pada Mac.
Menurut laporan Biro Statistik Laos, kategori barangan yang mencatatkan peningkatan harga tertinggi secara tahunan termasuk perumahan, bekalan air, elektrik dan bahan api memasak, yang meningkat sebanyak 25.2 peratus.