Murid belum kuasai 3M turun kepada 48,636 orang pada 2025 - Wong
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata bilangan murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) menurun daripada 76,262 orang pada 2023 kepada 48,636 orang pada 2025 susulan pelaksanaan intervensi berfokus.
Menerusi Program Anak Kita 3M, seramai 30,623 daripada 53,252 murid turut berjaya dibantu menguasai kemahiran asas itu pada 2025.