Israel musnah dalam 2 tahun jika Harris Presiden
Calon president Republikan, Donald Trump membuat dakwaan mengejutkan bahawa Israel mungkin tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun jika Kamala Harris menjadi presiden.
Dalam debat calon presiden pada Rabu, bekas presiden Amerika Syarikat itu menyatakan bahawa Harris "membenci Israel" dan tidak menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.