Potensi 2 kali ganda asma jika pernah dijangkiti RSV
Kanak-kanak yang pernah menghidap Respiratory Syncytial Virus (RSV) berpotensi mendapat penyakit lelah dan asma dua kali ganda lebih tinggi. Pakar Perunding Neonatologi dan Kanak-Kanak Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azanna Ahmad Kamar, berkata ia merupakan sebuah virus yang mudah menjangkiti kanak-kanak dan biasanya menyerang paru-paru dan saluran sistem pernafasan.