Israel selar Macron, sifatkan tindakannya memalukan
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyelar tindakan Presiden Perancis Emmanuel Macron selepas delegasi Israel diharamkan daripada menyertai pameran pertahanan Euronaval di Perancis.
Gallant menerusi satu hantaran di X berkata, tindakan itu adalah satu penghinaan terhadap negara Perancis dan nilai-nilai dunia bebas yang dipertahankan Macron.