Isu Kadar Tambang | Grab Malaysia beri penjelasan, akui tidak cukup pemandu
Kekurangan pemandu selain permintaan tinggi.
Itu penjelasan Grab Malaysia pada Isnin mengenai caj tambang perkhidmatan e-hailingnya yang dilihat berubah dan tidak menentu baru-baru ini.
Grab Malaysia dalam kenyataan berkata pada pertengahan mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.