Skip to main content

Teknologi

Google perluas iklan AI Mode ke Malaysia, sembilan pasaran lain

AI Mode ialah ciri carian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna mengemukakan soalan dalam bentuk perbualan dan menerima jawapan yang dijana AI bersama rujukan berkaitan dalam antara muka carian. -Foto Amanz
AI Mode ialah ciri carian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna mengemukakan soalan dalam bentuk perbualan dan menerima jawapan yang dijana AI bersama rujukan berkaitan dalam antara muka carian. -Foto Amanz

Advertisement

MOUNTAIN VIEW: Google memaklumkan bahawa pihaknya akan memperluaskan paparan iklan dalam AI Mode kepada 10 pasaran baharu termasuk Malaysia, lapor Amanz.

AI Mode ialah ciri carian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna mengemukakan soalan dalam bentuk perbualan dan menerima jawapan yang dijana AI bersama rujukan berkaitan dalam antara muka carian.

Google berkata pengguna kini meluangkan lebih banyak masa menggunakan AI Mode berbanding kaedah carian biasa. Menurut syarikat itu, purata panjang pertanyaan pengguna menerusi AI Mode adalah tiga kali ganda berbanding carian konvensional.

Google turut berkata ciri tersebut membantu pengguna memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan menyeluruh menerusi keupayaan model bahasa raya (LLM).

Seiring peningkatan penggunaan AI Mode, syarikat itu kini mula memaparkan iklan berlabel "Sponsored" bagi menjana pendapatan daripada ciri tersebut.

Pelaksanaan iklan akan dilakukan secara berperingkat. Dalam masa sama, pengiklan tempatan yang menggunakan kempen Search, Shopping dan Performance Max kini layak menyertai lelongan slot iklan AI Mode di Malaysia secara automatik.

Selain Malaysia, sembilan pasaran lain yang turut menerima pengembangan fungsi komersial itu ialah India, Singapura, Australia, Kanada, Kenya, New Zealand, Nigeria, Pakistan dan Filipina.

Must Watch Video

Advertisement