Isu Viral | Tiada insiden penculikan kanak-kanak sekolah
Tiada insiden penculikan atau cubaan menculik kanak-kanak sekolah dilaporkan di Terengganu seperti dakwaan yang tersebar di media sosial.
Ketua Polis Terengganu,Datuk Rohaimi Md Isa berkata setakat ini tiada sebarang laporan daripada orang awam mahupun dari pihak sekolah berhubung insiden itu yang kononnya 'sering berlaku' ketika ini.