Jangan kejar surplus, kurangkan defisit secara berperingkat
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menegaskan bahawa kerajaan bukan sebuah syarikat yang memburu keuntungan atau lebihan fiskal (surplus) tetapi peranannya adalah sebagai pemudah cara ekonomi dan sosial. Justeru, usaha mengurangkan defisit perlu dilakukan secara berperingkat agar tidak menekan pertumbuhan ekonomi negara.