Jenayah | Akibat hutang, warga emas maut dipukul rakan
Seorang warga emas berusia 76 tahun maut selepas terlibat dalam pergaduhan bersama rakannya di Jalan Prima 2, Metro Prima Kepong pada pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, difahamkan ia berpunca daripada keengganan untuk membayar hutang berjumlah RM250.