Jepun, AS keluar amaran tsunami selepas gempa bumi 8.7 magnitud gegar Rusia
Gempa bumi kuat berukuran 8.7 magnitud menggegarkan Semenanjung Kamchatka, Rusia, dan mencetuskan amaran tsunami di Jepun dan Amerika Syarikat, termasuk Alaska, Hawaii dan Guam.
Jepun dan Hawaii mengarahkan pemindahan segera penduduk di kawasan pantai berisiko, dengan jangkaan gelombang tsunami setinggi tiga meter boleh melanda beberapa kawasan.