Kadar faedah AS kekal, kemungkinan dua kali kenaikan pada penghujung 2023
Bank Pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan pada Rabu mengekalkan kadar faedah di paras 5.00 hingga 5.25 peratus, sejajar dengan jangkaan para pakar ekonomi.
Ia merupakan langkah mengejut selepas mesyuarat bulan Jun, memandangkan sebelum ini The Fed telah menaikkannya 10 kali berturut-turut untuk mengawal situasi inflasi yang tinggi.
