Kalau betul bahaya, di mana buktinya?
Mimi Afzan Afza, Naib Presiden Modal Insan dan Komuniti Lynas, meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk meneliti semula keputusan terhadap operasi syarikat itu. Menurutnya, mereka dilayan umpama 'penjenayah' sedangkan sudah banyak kali memberikan bukti bahawa operasi syarikat itu selamat. Walaupun begitu, persepsi negatif terhadap Lynas terus menekan mereka.