Skip to main content
Advertisement
RCI Tabung Haji: Kalau ada 'sakau', mana tindakan selepas tiga tahun? - Hamzah

RCI Tabung Haji: Kalau ada 'sakau', mana tindakan selepas tiga tahun? - Hamzah

Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pembangkang hadir ke Sidang Khas Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu kehilangan sejumlah besar wang Tabung Haji

Ketua Pembangkang itu turut mempersoalkan tahap kesegeraan kerajaan dalam menangani isu tersebut sekiranya dakwaan kehilangan wang itu benar-benar serius.

Beliau turut mempersoalkan keperluan mengadakan sidang khas sekiranya laporan RCI itu sekadar untuk diberikan penerangan, sedangkan penemuan dan syor Suruhanjaya berkenaan sudah dibuat sejak tiga tahun lalu.