KDN tumpu selesai isu anak angkat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi tumpuan dalam menyelesaikan permohonan taraf kewarganegaraan kategori anak angkat dan individu yang lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hal ini kerana kategori anak angkat merupakan jumlah tertinggi daripada keseluruhan 133,436 permohonan kewarganegaraan yang belum diselesaikan.