Kehidupan Penyu | Lapor terus di platform tersedia jika temui penyu
Kerajaan disaran mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat penemuan penyu secara terus kepada jabatan yang terlibat.
Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, UMT, Dr Mohd Uzair Rusli berkata kegagalan pihak berwajib memberikan respon dengan kadar segera terhadap penemuan penyu boleh memberi imej negatif kepada negara.