Skip to main content

Malaysia

PM Anwar sumbang RM10,000 bantu pelumba muda Qaish ke pentas dunia

Muhammad Qaish bakal beraksi dalam kategori 160cc pada kejohanan FIM MotoMini World Final Series di Valencia, Sepanyol. - Foto Facebook/Farhan fauzi
Muhammad Qaish bakal beraksi dalam kategori 160cc pada kejohanan FIM MotoMini World Final Series di Valencia, Sepanyol. - Foto Facebook/Farhan fauzi
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan RM10,000 kepada pelumba muda dari Pahang Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum, untuk membantu penyertaannya dalam FIM MotoMini World Final Series di Valencia, Sepanyol.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata sumbangan itu, disampaikan menerusi wakil beliau kepada pelumba cilik dari Indera Mahkota, Kuantan, pada Khamis.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Farhan berkata Muhammad Qaish bakal beraksi dalam kategori 160cc pada kejohanan antarabangsa berkenaan.

Advertisement

“Sumbangan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat serta membantu menampung sebahagian perbelanjaan beliau, sepanjang menyertai kejohanan berprestij tersebut.

“Saya juga sempat berbual dan bertanya khabar Adik Qaish melalui panggilan video, berkenaan dengan persediaan beliau menghadapi kejohanan yang beliau sertai,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI, dalam memastikan bakat anak tempatan mendapat perhatian, sokongan dan peluang untuk berkembang serta mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement