Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kenaikan Kos | TH kaji keperluan bayaran Haji bersasar

Kenaikan Kos | TH kaji keperluan bayaran Haji bersasar

Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran Haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu.

Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata penstrukturan bayaran Haji tersebut boleh membantu bakal jemaah Haji, terutama golongan B40 untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun kurang berkemampuan.