Kenanga Investment Bank tingkatkan pegangan dalam Merchantrade Asia
Bank pelaburan itu dalam kenyataan hari ini berkata, selepas selesai, kepentingan ekuiti agregat kumpulan itu dalam Merchantrade akan menokok kepada 19.94 peratus berbanding 4.74 peratus sebelum ini, meletakkannya sebagai pemegang saham kedua terbesar.