Keputusan ICJ pada 1962 tidak leraikan isu sempadan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 1962 telah memutuskan bahawa Kuil Preah Vihear berada dalam wilayah kedaulatan Kemboja.
Pengarah Institut Pengajian ASEAN dan Pengantarabangsaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Phar Kim Beng berkata, bagaimanapun keputusan itu tidak secara eksplisit menetapkan status kawasan sekitarnya di luar promontorium Preah Vihear.