Kerajaan berusaha penuhi keperluan 30,000 jurutera menjelang pertengahan 2025 - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan sedang berusaha memenuhi keperluan 30,000 jurutera dalam pelbagai bidang tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Jelasnya, hal ini diusahakan melalui rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dengan mengambil inspirasi dari sistem TVET China yang mampu melahirkan 500,000...
