Kerajaan sasar warga emas kekal aktif & produktif - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan matlamat kerajaan ialah memastikan warga berusia 65 tahun ke atas kekal sihat, aktif dan produktif atas pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa.
Jelasnya antara langkahnya termasuk perundangan yang membolehkan golongan ini kembali bekerja serta insentif perlindungan sosial yang disediakan kerajaan.