MALAYSIA
Wanita parah ditikam bekas suami di Banting, suspek diburu
KUALA LANGAT: Seorang wanita warga Indonesia parah selepas ditikam bekas suaminya di Jalan Redan, Kanchong Darat, Banting pada Isnin dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa selepas bercerai.
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga Indonesia parah selepas ditikam bekas suaminya di Banting akibat rasa tidak puas hati selepas perceraian.
- Suspek berusia 45 tahun masih diburu dan dipercayai melarikan pisau yang digunakan dalam serangan.
- Mangsa mengalami pendarahan dalaman dan telah menjalani pembedahan; kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun ditikam di bahagian kiri perut oleh suspek yang juga warga Indonesia.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Zon Merah Hospital Banting dan pemeriksaan awal mendapati beliau mengalami pendarahan dalaman sebelum menjalani pembedahan.
Mohd Akmalrizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau balai polis berhampiran. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami