awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah optimis komunikasi elemen penting selaku pilihan kedua kejohanan

Astro Arena
Astro Arena
26/08/2025
08:36 MYT
Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah optimis komunikasi elemen penting selaku pilihan kedua kejohanan
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, beranggapan status mereka selaku pilihan nombor dua Kejohanan Dunia BWF 2025 tidak memberikan impak besar sekiranya tiada kesepakatan di atas gelanggang. - Gambar fail
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, beranggapan status mereka selaku pilihan nombor dua Kejohanan Dunia BWF 2025 tidak memberikan impak besar sekiranya tiada kesepakatan di atas gelanggang.
Mereka menyuarakan nasihat daripada barisan kejurulatihan menjadi rahsia utama untuk menampilkan persembahan terbaik nanti.
"Setiap kejohanan kami akan berikan yang terbaik dan semestinya dalam kejohanan dunia kami mahu berikan aksi terbaik dan saling menyokong satu sama lain," kata Pearly.
"Saya rasa mempunyai satu sama lain menjadi faktor kami dapat mengharungi banyak perkara serta dengan sokongan jurulatih dan orang tersayang. Saya berharap perkara ini dapat dikekalkan untuk setiap kejohanan akan datang." menurut Thinaah.
Ketika ditanya mengenai peluang untuk meraih pingat pertama negara dalam acara beregu wanita, Pearly dan Thinaah memilih pendekatan untuk memberikan fokus kepada konsistensi serta berjuang secara total.
Mereka juga tekad untuk tidak mengulangi sebarang perlawanan yang mengecewakan, dan menjadikan kejohanan dunia kali ini medan untuk mengukir kejayaan.
"Seperti biasa, konsisten dan komunikasi sangat penting kerana apabila seorang sedang kurang motivasi maka seorang lagi perlu menyokong." ujar Pearly.
Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#Kejohanan Dunia BWF 2025
#beregu wanita negara
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan