Kerajaan sediakan Agenda Negara Menua
Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.