Kerjasama ASEAN - GCC dijangka meningkat
Lebih banyak kerjasama dijangka terhasil susulan daripada Sidang Kemuncak GCC-ASEAN RIyadh yang berlangsung pada Jumaat lalu. Penganalisis rantau Asia Barat, Ghassan Ibrahim percaya langkah Negara-Negara Kerjasama Teluk (GCC) untuk meneroka kepada peluang di ASEAN adalah sebahagian strategi untuk memanfaatkan pertumbuhan mapan dan kukuh yang terhasil di rantau berkenaan.
