Kerjasama banteras jenayah rentas sempadan Malaysia, Singapura
Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama keselamatan rentas sempadan menerusi penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama atau JWC Malaysia-Singapura mengenai Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Rentas Sempadan yang berlangsung buat pertama kali, pada Rabu di Kota Kinabalu, Sabah.
