Tambang pengangkutan awam Singapura naik tujuh peratus mulai 26 Disember
Tambang pengangkutan awam di Singapura akan meningkat tujuh peratus secara keseluruhan mulai 26 Dis 2026 susulan kenaikan harga tenaga akibat konflik Asia Barat, menurut Majlis Pengangkutan Awam (PTC).
Dalam laporan Kajian Semakan Tambang (FRE) 2026 yang dikeluarkan pada Selasa, PTC memaklumkan kenaikan itu kurang daripada separuh kuantum pelarasan tambang maksimum yang dibenarkan, mengimbangi keperluan untuk memastikan sistem pengangkutan awam mampan dari segi kewangan dengan kebimbangan kos sara hidup.