Kes Rasuah | SRC International: Rayuan akhir Najib hari ini
Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Ia rayuan terakhir Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman...