Kesan torehan di leher, polis siasat sebagai kes bunuh
Polis mengklasifikasikan semula kes penemuan mayat bayi perempuan di Persisiran Pantai Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang sebagai kes bunuh.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, selepas hasil bedah siasat pihaknya mendapati terdapat kesan torehan di leher mangsa.