Ketua koordinator eksekutif syarikat ditahan reman
Seorang ketua koordinator eksekutif sebuah syarikat ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan projek pembangunan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Muallim, Perak.