Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KKM | Kemudahan pegawai kesihatan kontrak ditambah baik

KKM | Kemudahan pegawai kesihatan kontrak ditambah baik

Kerajaan bersetuju memberi kemudahan 'tambang mengunjungi wilayah asal' kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kemudahan cuti tugas khas perubatan serta cuti tibi, kusta dan barah juga dipanjangkan kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak, yang sedang menjalani latihan siswazah atau khidmat wajib.