Skip to main content
KKM Akui Kelemahan Sistem Kontrak, Umum Langkah Penambahbaikan

KKM Akui Kelemahan Sistem Kontrak, Umum Langkah Penambahbaikan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui dasar pelantikan pegawai perubatan secara kontrak mempunyai kelemahan, namun menegaskan ia bukan satu-satunya punca penghijrahan doktor. Kementerian Kesihatan kini melaksanakan pelbagai langkah termasuk penambahan 4,500 jawatan tetap, pengukuhan latihan kepakaran dan reformasi sistem kesihatan bagi menangani isu tenaga kerja perubatan negara.