Kod etika Ahli Parlimen sedang dirangka - Wan Junaidi
Kod Etika Ahli Parlimen yang sedang dirangka bagi menambah baik cabang legislatif dalam pentadbiran negara boleh digunapakai di dalam setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Jaafar berkata kod tersebut mampu membentuk disiplin dan tingkah laku terbaik wakil rakyat semasa sesi persidangan.
